Monday, July 13, 2015

Latihan ms8: Tema Novel

Tema yang menarik merupakan pendorong kepada pembaca untuk membaca sesebuah novel. Nyatakan tema dua buah novel yang telah anda baca. (7m)

JAWAPAN:

Novel yang saya pelajari di Tingkatan 4 ialah Novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah, manakala Novel yang saya pelajari di Tingkatan 5 pula ialah Novel Kabus di Perbukitan. Novel Melunas Rindu bertemakan kasih sayang manakala Novel Kabus di Perbukitan pula menjadikan jati diri seseorang sebagai tema. Tema ialah idea dasar atau persoalan pokok dalam sesebuah karya sastera.Tema hanya ada satu sahaja. Tema ialah persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu karya, sama ada secara langsung (eksplisit) atau tidak langsung (implisit).

Dalam Novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah, dipaparkan watak utama dalam novel ini iaitu Fuad mempunyai perasaan kasih sayang yang mendalam terhadap keluarganya, keluarga angkatnya dan juga orang disekelilingnya. Fuad begitu kasih terhadap keluarga angkatnya Pak Ismail dan Mak Salmah. Sebagai bukti, Fuad telah membelikan sebidang tanah milik Awang Sojar berharga RM10,000 dan Pak Ismail dinamakan sebagai milik tanah tersebut. Fuad membeli tanah tersebut bertujuan membantu akan jasa Pak Ismail dan Mak Salmah yang telah menjadikan dia dan Sofia sebagai anak angkatnya. Selain itu, Fuad juga membelikan Pak Ismail sebuah motorsikal untuk digunakan oleh Pak Ismail ke surau mahupun ke Kedai Leong. Fuad juga mempunyai rasa kasih mendalam terhadap ibu kandungnya. Walaupun diberitahu bahwa ibu kandungnya sudah meninggal dunia, dia tetap berusaha mencari pusara ibu kandungnya untuk memenuhi hasrat mencari ibunya. Berkat kasih sayang tersebut, akhirnya dia dipertemukan semula dengan ibu kandungnya, Mariana.

Dalam Novel Kabus di Perbukitan, tema jati diri orang Melayu diserlahkan melalui watak utama Faridah yang merantau ke New Zealand selama 25 tahun. Semasa di sana, dia masih mengekalkan jati dirinya sebagai orang Melayu. Buktinya, dia selalu memasak kari dan sambal goreng untuk keluarganya. Selain itum dia sering mengikuti Siaran Radio Satu melalui Internet, iaitu siaran radio berbahasa Melayu untuk mengubati rindunya akan tanah airnya. Di samping itu, Faridah sentiasa memastikan anak-ananya iaitu Melina dan Anne mendapat pendidikan agama. Jati diri orang Melayu juga dapat dilihat apabila Faridah telah mengekalkan dan menggunakan namanya sendiri iaitu Idah. Hal ini membuktkan bahawa Faridah masih sedar akan asal usul dirinya. Walaupun sudah 25 tahun menetap di New Zealand, akhirnya dia dan keluarganya kembali membina kehidupan yanng lebih bermakna di Malaysia dan mengekalkan kerakyatannya sebagai warganegara Malaysia.

No comments:

Post a Comment