Friday, July 24, 2015

Latihan ms10: Persoalan Tentang Kegigihan

Huraikan tiga peristiwa yang mendokong sikap kegigihan dalam novel yang anda pelajari (8m)

JAWAPAN;

Novel yang telah saya baca ialah Novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Novel Melunas Rindu memaparkan persoalan Kegigihan. Persoalan membawa maksud perkara-perkara kecil yang mempunyai hubung kait dengan tema. Seterusnya, kegigihan bermaksud keteguhan seseorang mempertahankan sesuatu perkara setelah berjuang dengan segala-galanya. Terdapat beberapa peristiwa yang menggambarkan persoalan tentang kegigihan iaitu Kegigihan mengusahakan tanah, Kegigihan melaksanakan amanah dan kegigihan mencari ibu kandung.

Persoalan kegigihan mengusahakan tanah. Fuad, Pak Ismail dan Mak Salmah mengusahakan tanah yang dibeli oleh Fuad daripada Awang Sojar dengan harga RM10,000 itu sehingga membuahkan hasil yang banyak. Buktinya, sewaktu di Sekolah Menengah Seri Setia, Fuad yang merupakan seorang guru sandaran telah berpesan kepada guru-guru di sekolah itu dan Farhana untuk mengambil jagung yang dibawanya dari rumah hasil usaha kerasnya mengusahakan kebun yang baru dbelinya itu.

Persoalan kegigihan melaksanakan amanah jelas  digambarkan dengan watak Fuad yang menggalas jawatan guru sandaran di Sekolah Menengah Seri Setia. Fuad menjadi guru sandaran mengajar Bahasa Inggeris. Buktinya, Fuad begitu gigih untuk membantu murid-muridnya cemerlang dalam mata pelajaran tersebut. Fuad telah menyumbagkan idea-idea bernas untuk memenuhi slot program panitia Bahasa Inggeris. Fuad juga sering mengadakan kelas tambahan setelah selesai waktu persekolahan di kantin sekolah. Malah, Fuad juga tidak pernah duduk sewaktu mengajar di dalam kelas.

Persoalan kegigihan mencari ibu kandung ditunjukkan sewaktu Fuad ingin mencari kubur arwah ibunya di Sungai Ruan. Buktinya, Fuad bertanyakan tentang ibunya kepada Peter Lim dan Swee Lan. Oleh itu, mereka berceritakan serba sedikit mengenainya. Mereka memaklumkan bahawa ibunya mempunyai seorang kakak. Selepas itu Fuad bersetuju untuk mencari ibunya di Lembah Klau bersama-sama Pak Said iaitu lelaki yang ditemuinya di surau. Setelah itu mereka berdua pergi ke rumah Pak Ngah Lias di Felda Lembah Klau. Natijah daripada usaha gigih Fuad, akhirnya dia beraya menemui ibunya Mariana binti Osan yang juga merupakan ibu kepada Farhana.

No comments:

Post a Comment