Monday, July 13, 2015

Latihan ms 3: Kesesuaian Tajuk Novel

Tajuk sesebuah novel amat berkaitan dengan cerita dalam novel tersebut. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan kesesuaian tajuk novel dengan isinya. (7m)

JAWAPAN:

Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu Novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah, tajuk novel tersebut ialah Melunas Rindu atau dalam makna lain kejayaan seseorang melepaskan rindu yang terpendam selama ini.  Tajuk novel ialah suatu nama yang diberikan kepada sesebuah karya. Nama tersebut barangkali ada kaitan dengan peristiwa, nama sesuatu watak atau nama sesuatu tempat mahupun garapan idea berdasarkan kepada masej daripada penulis. Dalam Novel Melunas Rindu, terdapat dua peristiwa yang membuktikan kesesuaian tajuk novel dengan kandungan novel. Antara peristiwa tersebut ialah Peristiwa Fuad melawat ibu dana bapa saudaranya dan Peristiwa Fuad Berjaya menemukan ibu kandungnya.

Peristiwa Fuad menemui ibu dan bapa saudaranya menjadi bukti pertama. Fuad mengambil kesempatan ke Sungai Ruan sempena cuti persekolahan. Fuad turut melawat dan menziarahi ibu dan bapa saudaranya, Peter Lim dan Swee Lan. Peter Lim terlantar sakit akibat demam. Semenjak ketiadaan Fuad, Peter Lim menjadi tidak lalu makan dan minum. Kehadiran Fuad disambut dengan tangisan oleh ibu dan bapa saudaranya itu. Bapa saudaranya, telah mulai makan setelah disuap oleh Fuad.  Peristiwa itu membuktikan rindu Peter Lim terhadap Fuad telah terlunas apabila Fuad datang melawatnya di Sungai Ruan sesuai dengan tajuknya iaitu Melunas Rindu.

Selain itu, peristiwa Fuad menemui ibunya menjadi bukti kedua kandungan novel berkaitan dengan tajuk. Fuad menemani Farhana pulang ke Kuantan untuk menjaga ibunya yang terlantar di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Fuad terpandang kad rawatan ibu Farhana yang tertulis nama Mariana binti Osman. Fuad terkejut dan bertanyakan Farhana asal usul ibunya. Farhana menyatakan bahawa ibunya ada menyimpan sebuah kotak kecil. Tiba-tiba, Chin, Pak Ismail dan Robert Lim tiba. Fuad memeluk bapanya dan bertanyakan perihal cincin bapanya. Robert Lim menjelaskan satu persatu peristiwa yang telah berlaku. Akhirnya segala persoalan telah terjawab dan ternyata Farhana adalah adik tirinya. Fuad berasa lega kerana rindunya kepada ibu kandungnya itu telah terlunas setelah puas mencari ibunya selama ini. Peristiwa ini membuktikan bahawa tajuk Melunas Rindu sesuai dengan isi novel tersebut.

Sumbangan: Ily Hanis bt Khamis

No comments:

Post a Comment