Friday, July 24, 2015

Latihan ms6: Sinopsis Novel

Novel yang telah anda baca adalah sebuah novel yang menarik. Tuliskan sinopsis cerita novel tersebut (7m)

JAWAPAN:
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah Novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah. Sinopsis bermaksud gabungan peristiwa yang menggarap sesebuah cerita serta mengandungi kisah suka dan duka.

Novel Kabus di Perbukitan memaparkan kisah pasangan suami isteri, Kamarudin seorang tentera dan Salmah, yang mempunyai sepasang cahaya mata kembar iaitu Faridah dan Rahayu. Apabila  Kamarudin ditugaskan sebagai Pegawai Pemerintah di Pengkalan Hulu di Perak, dia telah berkahwin dengan Hamidah. Kamarudin diarahkan bertugas sebagai Atase Keselamatan di Pejabat Kedutaan Malaysia di Pontianak, Indonesia. Di sinilah bermulanya perpisahan pasangan kembar tersebut. Kamarudin telah membawa Rahayu tinggal bersama-sama, manakala Faridah dijaga oleh Salmah.

Setelah dewasa, Rahayu dan Azrul yang sama-sama belajar di Fakulti Ekologi Manusia, UPM. Faridah menjadi sukarelawan PDK Suria. Rahayu disahkan mengidap kanser. Faridah pula membawa kanak-kanak istimewa ke Bukit Fraser. Akibat terkejut dengan kehadiran Iqbal di dalam van, Faridah gagal mengawal pergerakan van dan melanggar tembok pengadang jalan lalu menjunam ke dalam gaung. Faridah dan Iqbal tidak dapat dikesan oleh pasukan penyelamat. Bapanya, Kamaruddin dan Buyung berusaha meredah hutan mencari Faridah dan Iqbal. Mereka dijumpai di perkampungan orang Asli di Sungai Dua. Faridah dimasukkan ke hospital yang sama dengan Rahayu dalam keadaan koma. Rahayu melawat Faridah dan dia menghembuskan nafas terakhir di sisi Faridah.

Setelah sihat, Faridah berkahwin dengan Pegawai Kebajikan Masyarakat bernama Ghazali. Tidak lama kemudian, Salmah, ibu kepada Rahayu dan Faridah meninggal dunia kerana terlalu rindu akan Rahayu. Selepas itu, Ghazali pula meninggal dunia akibat kemalangan. Kemudian Faridah ditawarkan mengikutii kursus Community Services for Disable People di New Zealand selama enam bulan. Di situlah dia berkahwin dengan Soleh Johnsons dan dia terus menetap di sana. Mereka dikurniakan sepasang anak kembar, iaitu Melina dan Anne.

Melina berkenalan dengan Jabbar al-anbia atau dikenali sebagai Benny. Secara tidak sengaa Anne pula bertemu dengan Zain yang membantunya semasa keretanya rosak. Akhirnya Meliba berkahwin dengan Benny di Masjid al-Noor, Christchurch. Mereka berpindah ke Malaysia kerana Benny ditugaskan menerajui operasi minyak di Terengganu. Di Malaysia, Benny berkawan baik dengan Mohamed Attar dan Mehmood yang cenderung mencapai sesuatu matlamat berhubung dengan Islam secara kekerasan. Mohamed Attar ditangkap oleh pihak berkuasa Interpol kerana disyakki terlibat dengan aktiviti pengganas. Benny melarikan diri ke Dubai dengan bantuan keluarganya.

Faridah dan Soleh pulang ke Malaysia untuk berbincang tentang perkahwinan Anne dan Zain. Di situlah Faridah mengetahui bahawa Zain ialah anak lelaki bekas teman lelaki kembarnya, arwah Rahayu. Majlis perkahwinan berlangsung dengan meriah. Akhirnya, Melina yang sarat mengandung ke Dubai bersama-sama ayahya, Soleh untuk berjumpa Benny. Melina dan Beny akhirnya menetap di Dubai. Anne dan Zain pula mengambil alih syarikat di New Zealand sementara Azrul dan Soleh Johnson membuka perniagaan kotej di Cameron Highlands.

No comments:

Post a Comment