Monday, July 13, 2015

Latihan ms 9: Persoalan Novel

Pengarang menyelitkan beberapa persoalan dalam novel yang telah anda baca. Huraikan tiga persoalan utama dalam novel tersebut. (7m)

JAWAPAN:

Novel yang telah saya pelajari di Tingkatan 4 ialah Novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Novel ini mengandungi beberapa persoalan menarik yang dapat dilihat sebagai mesej oleh pengarang.
Persoalan bermaksud perkara-perkara sampingan atau isi yang lebih kecil yang ada hubungannya dengan tema sesuatu karya. Antara persoalan yang terdapat dalam Novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah ialah Persoalan tentang Tanggungjawab sebagai pendidik, Persoalan tentang Ketabahan menghadapi cabaran dalam kehidupan dan Persoalan tentang kasih sayang sesama ahli keluarga.

Antara persoalan dalam novel ini ialah persoalan tentang tanggungjawab sebagai seorang pendidik. Perstiwa yang menggambarkan persoalan ini ialah apabila Fuad begitu komited menjalankan tugasnya walaupun hanya sebagai guru sandaran Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia bagi tingkatan satu dan tingkatan lima. Fuad kemudiannya dierikan kepercayaan untuk mengajar tiga kelas Tingkatan 5 dan dua kelas tingkatan 3. Walaupun dibebani dengan tanggungjawab yang besar namun Fuad sangat positif dan melakukan yang terbaik bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan mudah difahami. Bagi Fuad, dia sanggup melakukan apa-apa sahaja yang boleh menambah baik cara pengajarannya. Contohnya, Fuad dengan selamba melakukan pelbagai aksi semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan kefahaman anak-anak muridnya.

Persoalan ketabahan menghadapi cabaran dalam kehidupan juga mendominasi kandungan novel ini dengan bukti-bukti peristiwa seperti Fuad sendiri telah kehilangan keluarganya sejak kecil namun dia tetap tabah. Fiad dipelihara oleh keluarga saudaranya dan keluarga angkatnya yang masing-masing menganut agama Buddha dan Islam. Fuad kehilangan ibunya iaitu mariana yang dikatakan sudah meninggal dunia. Namun, Fuad tabah dan bersabar dengan dugaan ini dan meneruskan pencarian ibunya hingga kawasan perkuburan sehingga akhirnya dia bertemu ibu kandungnya yang sebenarnya masih hidup. Ketabahan dalam kehidupan juga diperlihatkan melalui watak Mak Salmah yang tabah dengan kematian anak angkatnya Sofia yang dipercayai berpunca daripada Fuad. Pada mulanya Mak Salmah marah dan menyisihkan Fuad namun selepas beberapa ketika Mak Salmah reda dan tabah dengan dugaan yang dihadapinya itu. Peristiwa ketiga yang menggambarkan sikap tabah ialah ibu saudaranya yang tabah menjadi bapa saudara Fuad yang sedang sakit dan berkerusi roda serta harus bekerja untuk menyara anak-anaknya. Ketabahan ibu saudaranya itu membuatkan Fuad membantu keluarga tersebut.

Seterusnya, persoalan kasih sayang sesama ahli keluarga menyerlahkan lagi novel ini. Fuad amat menyayangi keluarga angkatnya iaitu Pak Ismail dan Mak Salmah. Fuad sanggup membelikan sebidang tanah milik Awang Sojar dan dinamakan tanah tersebut dengan nama Pak Ismail selain membelikan sebuah motorsikal bagi kemudahan Pak Ismail ke surau mahupun ke Kedai Leong membeli barang-barang keperluan seharian. Fuad juga sedaya upaya menjaga hubungannya dengan Mak Salmah walaupun retak berikutan kematian Sofia kerana dia amat menyayangi Mak Salmah. Perstiwa seterusnya ialah apabila Fuad sangat menyayangi  ibu kandungnya Mariana. Walaupun sudah lama tidak berjumpa namun Fuad sangat sayang akan ibunnya sehingga sanggup mencari keberadaan ibunya sama ada pusara atau jasadnya.

No comments:

Post a Comment