Monday, July 13, 2015

Latihan ms 4: Peristiwa Menarik

Novel yang telah anda baca mengandungi banyak peristiwa menarik. Nyatakan tiga peristiwa menarik dalam novel tersebut. (8m)

JAWAPAN:


Berdasarkan Novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah yang telah saya kaji, terdapat beberapa peristiwa menarik. Peristiwa ialah sesuatu kejadian yang berlaku dalam sesebuah karya dan cerita. Perkara yang menjadi menarik pula ialah sesuatu peristiwa itu akan memberikan kesan dan reaksi kepada pembaca. Tiga peristiwa menarik bagi saya dalam novel ini ialah Peristiwa Rahayu dan Faridah bertemu dalam alam bawah sedar, Peristiwa Benny melarikan diri daripada pihak polis dan Peristiwa Anne Johnson berkahwin dengan Zain.

Peristiwa yang menarik dalam novel ini ialah Peristiwa Rahayu dan Faridah bertemu dalam alam bawah sedar. Semasa Faridah dirawat di wad kecemasan hospital, Rahayu dibawa untuk melawat Faridah. Dia menangis sambil menggenggam tangan kakaknya. Dia bercakap dengan Faridah yang masih tidak sedarkan diri. Akibat terlalu lemah kerana baharu menjalani kemoterapi, Rahayu meletakkan kepalanya di tepi dada Faridah. Dia tertidur dan bermimpi rumah mereka digenangi air. Dalam mimpi itu, kedua-dua adik-beradik itu seolah-olah bercakap antara satu sama lain. Tiba-tiba suasana dikejutkan oleh raungan Faridah menyebut nama Rahayu. Pada masa yang sama juga Rahayu didapati telah meninggal dunia. Pada pendapat saya, peristiwa itu menjadi menarik kerana jarang ada antara adik-beradik boleh berkomunikasi ketika berada dalam alam bawah sedar. Peristiwa itu menjadikan saya berasa kehebatan kekuasaaan Allah SWT yang memberikan peluang kepada seseorang untuk berkomunikasi setelah lama tidak berjumpa walaupun dalam keadaan bawah sedar.

Peristiwa yang menarik dalam novel ini ialah Peristiwa Benny melarikan diri daripada buruan polis.Benny memandu keretanya untuk ke Pulau Pinang setelah mendapat e-mel berbahasa Arab. Dia meninggalkan rumah sehelai sepinggang dengan hanya memberikan kucupan di dahi isterinya, Melina. Mehmood menghubungi Benny dan meminta Benny menyerah diri kepada International Police. Benny tidak menyangka bahawa Mehmood seorang anggota polis yang menyamari untuk menjejaki Mohamed Attar. Benny memutuskan panggilan lalu mencampakkan telefon bibit tersebut ke luar tingap. Benny terus memandu keretanya. Benny sedih kerana terpaksa meninggalkan Melina sendirian. Sebaik-baik sahaja tiba di Pantai Miami, dia bertemu dengan dua orang lelaki. Mereka memperkenalkan diri mereka dan sejurus itu Benny menaiki bot tersebut menuju ke perairan antarabangsa. Pada pendapat saya, peristiwa tersebut menjadi menarik kerana sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Walaupun Benny terlibat dengan kegiatan Islamifobia namun dia masih tetap mengingati isterinya, Melina. Cuma tindakannya melarikan diri dan tidak menyerah diri kepada pihak polis sangat kurang wajar. Peristiwa tersebut menarik minat saya kerana sekiranya kita sudah melakukan kesilapan, maka insaf dan pulanglah ke pangkal jalan.

Peristiwa ketiga yang menarik dalam novel ini ialah Peristiwa Perkahwinan Anne Johnson dengan Zain. Majlis yang asalnya dirancang untuk membincangkan majlis perkahwinan Zain dan Anne bertukar menjadi majlis pertemuan bersejarah apabila Datuk Azrul bertemu dengan Faridah yang juga kakak kepada bekas teman wanitanya, Rahayu. Pertemuan itu telah menyingkap kisah-kisah lama antara mereka selain mengenang kematan Rahayu akibat barah paru-paru. Pada pendapat saya, peristiwa tersebut menjadi menarik kerana, jodoh dan pertemuan adalah perancangan Allah SWT. Kita tidak menjangkakan bahawa kegagalan seseorang menjadikan ahli keluarga pada suatu masa dahulu, jika didasarkan dengan niat yang baik pasti Allah SWT merapatkan kembali ukhwah seseorang. Saya berpendapat bahawa perkara yang baik biasanya akan dibalas baik.

No comments:

Post a Comment