Friday, July 17, 2015

Latihan ms : Permulaan Novel

SOALAN:
Permulaan yang menarik mempengaruhi pembaca untuk meneruskan pembacaan hingga akhir. Huraikan penyertaan tersebut berdasrkan novel kajian anda. (7 markah)

JAWAPAN:

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Novel Melunas Rindu hasil karya Hartini Hamzah. Novel tersebut memaparkan permulaan cerita yang sangat menarik. Permulaan cerita yang menarik mempengaruhi pembaca untuk meneruskan pembacaan hingga akhir cerita.

Pada permulaan cerita, pengarang memperkenalkan watak utama kepada pembaca iaitu Fuad. Pengenalan tersebut diikuti dengan penerangan tentang sifat-sifat yang ada pada diri Fuad. Salah satu sifat yang ada pada diri Fuad ialah Fuad merupakan seorang yang berpegang teguh kepada agama Islam. Sebagai contoh, Fuad bersolat Maghrib di rumah kerana dia pulang lewar dari hutan mencari kayu api. Setelah selesai solat Maghrib, Fuar terus bergegas ke surau untuk menunaikan solat Isya secara berjemaah. Sementara menunggu untuk bersoat Isyak dia mengambil kesempatan untuk membaca al Quran seperti kebiasaannya. Saya berpendapat, penerangan tentang sikap Fuad yang berpegang teguh kepada agama ini akan menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan kerana penerangan ini memberikan kesedaran kepada pembaca untuk mencontohi sikap Fuad dengan melakukan suruhan agama seperti bersolat dan membaca al Quran.


Seterusnya, permulaan cerita ini menarik pembaca untuk meneruskan pembacaan hingga akhir kerana pengarang menggambarkan sikap Fuad yang sangat prihatin akan orang-orang yang dikenalinya. Sebagai contoh, Fuad prihatin akan sahabatnya, Borhan. Selepas bersolah Isyak di surau, Fuad menyedari yang sahabatnya itu tidak berjemaah bersama-sama. Dia kemudian menanyakan hal Borhan daripada seorang jemaah atas ketidakharian Borhan ke surau. Fuad mendapat tahu  bahawa anak Borhan iaitu Muhammad Alif, demam. Kemudia, Fuad terus bergegas ke rumah Borhan. Setibanya di rumah Borhan, Fuad mengambik keputusan untuk menyewa kereta dan membawa Muhammad Alif mendapatkan rawatan di klinik. Fuad juga membiayai segala kos rawatan Muhammad Alif. Saya pasti penerangan ini akan mempengaruhi pembaca meneruskan pembacaan hingga akhir kerana pembaca sudah tentu ingin mengetahui sikap Fuad yang lain. Saya berpuas hati dengan permuaan cerita yang menerangkan sikap-sikap watak utama kerana ini akan menarik perhatian pembaca untuk terus membaca.

No comments:

Post a Comment