Thursday, July 23, 2015

Latihan ms: Klimaks Novel

Klimaks merupakan unsur utama dalam plot cerita. Jelaskan peristiwa yang menjadi klimaks dalam novel tersebut.

JAWAPAN:
Berdasarkan dua buah novel yang telah saya kaji iaitu Novel Melunas Rindu karta Hartini Hamzah dan Novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah, terdapat peristiwa yang menjadi klimaks dalam novel tersebut. Klimaks bermaksud bahagian dalam cerita yang lebih hebat, genting daripada bahagian-bahagian lain.

Klimaks dalam Novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah, bermula setelah Fuad mendapat tahu bahawa ibunya masih hidup. Peristiwa bermula apabila Fuad mengambil keputusan sempena cuti persekolahan untuk mencari kubur arah ibunya di Sungai Ruan. Fuad pergi ke sana untuk melawat pak ciknya dan mencari maklumat ibunya. Sewaktu di surau, Fuad telah berkenalan dengan seorang pak cik dalam lingkungan umur lima puluhan bernama Pak Said. Fuad menceritakan hal ibunya. Pak Said bersetuju untuk menemani Fuad ke Lembah Klau di Felda Lembah Klau. Ketika berada di rumah Pak Ngah Lian, Pak Said menceritakan serba sediit latar belakang Fuad. Berdasarkan cerita yang disampaikan oleh Pak Ngah Lias, Fuad mendapati bahawa ibunya masih hidup. Kemudian, Robert Lim datang ke rumah Pak Ismail dan Mak Salmah untuk berjumpa Fuad selain memberikan cincin milik Mariana iaitu milik ibu Fuad namun Fuad telahpun pergi  ke Sungai Ruan lebih awal. Robert Lim mengambil keputusan untuk mencari Fuad. Ibu Farhana telah dimasukkan ke dalam hospital. Fuad datang menjenguk bersama-sama Farhana. Sementara Farhana berehat, Fuad menjadi ibu Farhana. Fuad terpandang akan nama ibu Farhana yang sangat mirip dengan nama ibunya, Mariana. Ketika itu, Farhana masuk ke dalam Wad dan Fuad mengajak Farhana ke kafe serta meminta Farhana menceritakan hal ibunya. Akhirnya, Fuad mendapati bahawa ibu Farhana adalah ibunya juga. Kedatangan Robert Lim ke hospital tempat ibu Farhana dirawat mengesahkan lagi bahawa mariana adalah ibu Fuad. Itulah sebenarnya klimaks atau puncak dalam Novel Melunas Rindu iaitu saat Fuad dapat melunaskan rindu untuk bertemu ibu kandungnya selama ini.

Klimaks dalam Novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah bermula apabila Faridah mengambil keputusan untuk pulang bercuti ke Malaysia bagi membincangkan hal perkahwinan anaknya Anne dan Zain. Apabila berjumpa dengan keluarga Zain di Cameron Highland, Farida mendapati bahawa Zain adalah anak kepada Azrul, teman baik kembarnya Rahayu yang telah meninggal dunia. Zain sudah mendapat gelaran Datuk. Majlis perbincangan perkahwinan bukan sahaja membincangkan hal perkahwinan namun telah menjadi majlis pertemuan kembali sambil bercerita kisah-kisah lama.  Perkahwinan Zain dan Anne dipersetujui dan akhirnya dihadiri oleh ramai tetamu dalam dan luar negara. Dalam masa yang sama, Benny baharu mendapat tahu bahawa Mehmood ialah seorang anggita polis yang menyamar untuk menjejaki Mohamed Ayyar. Benny sangat kecewa dan menyesal kerana tidak mendengar cakap Melina yang tidak menyenangi rakan-rakannya itu. Benny mengambil keputusan untuk melarikan diri ke Dubai dengan bantuan syarikat keluarganya. Kemudian, Melina telah pergi ke Dubai bersama-sama Ayahnya Solleh Johnson bagi mencari Benny. Akhirnya, mereka membuat keputusan untuk terus menetap di Dubai. Faridah pula mengambi keputusan untuk terus menetap di Cameron Highland dengan mengusahakan kotej di sana, dan meminta anaknya Anne dan Zain menguruskan syarikat suaminya di New Zealand. Peristiwa ini menjadi klimaks kerana beberapa perkara yang tidak disangka-sangka berlaku dalam kehidupan Faridah yang merungkai beberapa perkara yang menjadi permasalahan dalam novel ini.

No comments:

Post a Comment