Wednesday, July 8, 2015

Latihan ms 2: Peristiwa Teladan

Sesebuah novel banyak memaparkan peristiwa yang dapat dijadikan teladan. Berdasarkan novel kajian anda, jelaskan peristiwa yang memberi teladan kepada pembaca. (7m)
JAWAPAN:

Novel yang telah saya pelajari ialah Novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Novel Melunas Rindu memaparkan pelbagai peristiwa yang memberi teladan kepada saya.  Peristiwa dalam sesebuah novel bermaksud cerita-cerita yang berlaku dan memberikan impak kepada sesebuah karya. Teladan pula bermaksud suatu perkara yang dapat dijadikan ikutan atau panduan kepada seseorang.

Dalam novel ini, peristiwa yang memberi teladan kepada saya ialah peristiwa Fuad mengajar anak muridnya di Sekolah Menengah Seri Setia. Walaupun Fuad hanya guru sandaran bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris Tingkatan Satu dan Tingkatan Lima namun Fuad bersikap sangat rajin mengajar murid-muridnya itu serta mengadakan kelas tambahan pada waktu petang untuk meningkatkan pencapaian murid-muridnya itu. Fuad yag berpandangan jauh telah merancang aktiviti beberapa aktiviti. Sebagai contoh Fuad dan Farhana berbincang program mentor mentee bagi panitia Bahasa Inggeris iaitu Personal Guidance. Fuad memberikan idea yang berkualiti untuk program tersebut. Peristiwa tersebut  memberi teladan kepada saya supaya menjadikan sikap Fuad sebagai contoh dalam kehidupan. Sikap Fuad yang begitu komited dan berkomitmen tinggi patut dicontohi demi kebaikan pada masa hadapan.

Selain itu, peristiwa lain yang memberikan teladan kepada saya ialah peristiwa Fuad menghadiahkan sebidang Tanah dan motorsikal kepada Pak Ismail dan Mak Salmah. Kasih sayang Fuad kepada Pak Ismail dan Mak Salmah tergambar dengan sikapnya itu walaupun Pak Ismail dan Mak Salmah cuma bapa dan ibu angkatnya sahaja .  Fuad sanggup membelikan sebidang Tanah daripada Awang Sojar dengan harga RM10,000 supaya tanah tersebut dapat diusahakan dan dijadikan sebagai mata pencarian bagi mereka. Fuad juga membelikan motorsikal bagi tujuan kegunaan Pak Ismail ke surau untuk bersoalat dan melibatkan diri dengan aktiviti keagamaan . Motorsikal juga boleh digunakan bagi memudahkan Pak Ismail ke Kedai Leong bagi mlembeli barang-barang keperluan seharian. Peristiwa tersebut memberi teladan kepada saya supaya membalas jasa orang yang membantu kita tanpa perbezaan umur dan kedudukan. Saya berharap supaya kalau saya berbuat demikian pasti suatu masa nanti anak-anak saya turut menghormati orang lain.

No comments:

Post a Comment