Friday, July 24, 2015

Latihan ms7: Sinopsis Novel Melunas Rindu

Novel yang telah anda baca adalah sebuah novel yang menarik. Tuliskan sinopsis cerita novel tersebut. (7m)

JAWAPAN:

Novel yang telah saya pelajari di Tingkatan 4 ialah Novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Sinopsis bermaksud perkara-perkara yang berlaku sepanjang cerita dalam sesebuah novel.

Novel Melunas Rindu mengisahkan ketabahan dan kecekalan Fuad dalam menjalani kehidupannya. Fuad merupakan anak angkat kepada Pak Ismail dan Mak Salmah. Walaupun baru setahun tinggal bersama-sama dengan Pak Ismail dan Mak Salmah, Fuad pandai menyesuaikan dirinya dengan kehidupan di kampung itu. Sepanjang tinggal dengan Pak Ismail dan Mak Salmah, Fuad berusaha untuk menjaga hati mereka setelah berlaku konflik antara dia dengan Mak Salmah yang kehilangan Sofia. Fuad mendalami ilmu agama Islam dengan bantuan Pak Ismail.

Fuad ditawarkan menjadi guru sandaran di Sekolah Menengah Seri Setia. Fuad yang memiliki Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Amerika Syarikat menerima tawaran tersebut. Kehadiran Fuad di sekolah itu disambut baik oleh guru-guru yang lain. Fuad diperkenalkan dengan Farhana, ketua panitia Bahasa Inggeris. Mereka saling bekerjasama untuk meningkatkan prestasi Bahasa Inggeris pelajar sekolah tersebut.

Chin datang ke sekolah Fuad untuk menanyakan khabar Fuad. Berita tentang Fuad akan disampaikan kepada ayah Fuad, Robert Lim. Kedatangan Chin ke sekolahnya, mengingatkan Fuad akan arah ibunya. Keinginan mencari pusara ibunya, mengetahui asal usul dirinya dan menjejakki keluarga sebelah ibunya semakin kuat. Pak pusara Ismail bersyukur atas hasrat Fuad untuk mencari pusara ibunya semasa cuti persekolahan. Dia berharap agar Fuad akan kembali semula ke kampung itu setelah cutinya berakhir.

Dalam usaha mencari ibunya, Fuad pergi ke Sungai Ruan. Dia ke rumah bapa saudara yang membesarkannya, Peter Lim. Fuad yang baik hati telah membantu membayar yuran peperiksaan dan perbelanjaan persekolahan anak-anak Peter Lim dan Swee Lan. Fuad mendapat maklumat tentang keluarganya. Ayahnya, Robert Lim telah berkahwin dengan Mariana, seorang wanita Melayu. Setelah tiga bulan berkahwin. Mariana ditinggalkan oleh Robert Lim tanpa khabar berita. Mariana yang kecewa mengalami tekanan perasaan yang hebat. Setelah melahirkan Fuad, Mariana gila meroyan. Dia mengikut kakak angkatnya berpindah ke Bentong, Pahang. Mariana dikatakan masih hidup kerana tiada pusaranya di kampung itu. Peter Lim menasihati Fuad supaya menemui ayahnya untuk mendapatkan gambar ibunya dan sebentuk cincin bagi memudahkan pencariannya.

Walaupun sebagai guru sandaran, Fuad menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi. Hubungan Fuad engan Farhana pula semakin akrab. Farhana dipandang istimewa di mata Fuad. Dalam diam, Fuad menyimpa hasrat untuk memperistei Farhana. Farhana pulang ke Kuantan untuk menemui ibunya yang dirawat di hospital. Fuad yang bimbangkan keadaan Farhana yang sering bertengkar dengan Cikgu Zamani menyusul ke hospital. Ketika berada di Wad, Fuad terkejut apabila melihat nama ibu Farhana, iaitu Mariana binti Osman yang tertera pada kad rawatan pesakit sama dengan nama ibunya. Fuad baru menyedari bahawa ibu Farhana adalah ibu kandung yang dicari-carinya selama ini. Tidak lama kemudian, Robert Lim, Pak Ismail dan Chin tiba di hospital itu. Robert Lim mengesahkan bahawa ibu Farhana yang sedang sakit itulah ibu Fuad. Fuad terpaksa menerima hakikat bahawa dia dan Farhana bersaudara dan keinginannya untuk memperisteri Farhana dipendamkan.

Akhirnya, hubungan kedua-dua keluarga terjalin. Fuad membaa ibunya, Pak Ismail dan Mal Salmah mengerjakan umrah sebelum meneruskan pengajiannya dalam bidang perguruan. Robert Lim turut datang untuk mengiringi pemergian mereka. Dia meminta Fuad menjaga ibunya dan memberitahu bahawa dia akan menyusul kemudian.

No comments:

Post a Comment